
Cadangan Aktiviti PdP
Edisi Rujukan Guru
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Tahun 3 mengenai tajuk 'Bacaan Surah Al-Asr' serta 'Hafazan Surah Al-Asr' mempunyai pelbagai kaedah yang dapat diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah.
​
Halaman ini memberikan sedikit idea kepada guru dalam melaksanakan PdP interaktif kepada murid dengan menyatakan cadangan aktiviti bersesuaian dengan topik pembelajaran.
Ringkasan Rancangan
Pengajaran Harian

Cadangan
Set Induksi
-
Tayangan gambar: Guru boleh memaparkan gambar-gambar daripada subuh hingga ke isya diikuti dengan waktu solat dan kaitkan dengan waktu yang diberikan Allah untuk beribadah.
-
Tayangan video: Guru boleh menayangkan video filem pendek berkaitan masa. Laksanakan soal jawab selepas menonton video.
Cadangan
Langkah
Pengajaran ​
-
Kaedah Talaqqi Musyafahah: Murid memperdengarkan bacaan surah Al-Asr oleh guru. Murid ikut bacaan guru. Seterusnya murid baca bersama guru dan baca secara kelas.
-
Pengulangan (Tikrar): Membuat pengulangan bacaan sehingga murid ingat Surah Al-Asr.
-
Tayangan Laman Web Al-Asr Centre: Guru memaparkan tayangan laman web Al-Asr Centre yang mengandungi paparan surah Al-Asr didikuti dengan bacaan melalui audio dan video bacaan yang jelas dan terang. Guru menggabungkan kaedah talaqqi musyafahah.
-
Gallery Walk:
-
Guru menampalkan bahan pembentangan pada beberapa stesen. ​
-
Murid diminta untuk berada dalam satu kumpulan.
-
Murid mengikuti guru untuk melihat bahan pembentangan pada setiap stesen.
-
Guru memberikan penerangan dan bersoal jawab bersama murid pada stesen tersebut.
-
Akhir sekali, murid di minta untuk menyatakan semula apa yang dipelajari.
-
Think, Pair, Share:
-
Guru memberikan soalan "Apakah yang perlu dilaksanakan untuk menghargai waktu?"
-
Murid diminta untuk menyenaraikan idea mereka diatas sekeping kertas.
-
Secara berpasangan murid diminta untuk berbincang mengenai idea yang telah disenaraikan.
-
Murid diminta untuk membentangkan hasil perbincangan.
-
Mix-N-Match:
-
Guru menyediakan sejumlah keping kad imbasan
-
Setiap murid diminta untuk mengambil sekeping kad imbasan.
-
Murid diminta untuk memadankan kad imbasan yang diperoleh mengikut katogerinya.
-
Guru menyemak jawapan murid di papan putih
-
Murid diminta untuk memberikan respons terhadap aktiviti pembelajaran.
-
Tasmik: Guru memperdengarkan bacaan murid secara individu, kelas dan berkumpulan. Murid juga boleh bertasmik sesama rakan dalam kelas.
-
Lembaran Kerja: Guru memberikan lembaran kerja bertulis kepada murid. Boleh didapati dalam laman ini di halaman latihan pengukuhan.
-
Kuiz: Setiap murid perlu menjawab satu soalan daripada guru sama ada berkaitan bacaan atau hafazan surah al-Asr.
Cadangan
Penutup
-
Guru menyimpulkan dengan membuat rumusan. Guru memberi peringatan agar murid mengamalkan surah Al-Asr dalam kehidupan seharian.
-
Secara berpasangan, murid membuat rumusan akhir berkaitan pembelajaran Surah Al-Asr.
Cadangan
Penilaian